Monday, November 10, 2008

Top 5 Album Melayu

Sejak dua menjak ni aku tak de selera pulak nak bukak radio. Ntah apsal ntah aku rasa lagu2 yang sama jer diulang lebih 18 kali dalam sehari. Bukak radio ni lagu ni arggghh bukak radio tu pulak lagu ni lagi. Tutup bukak balik aik lagu ni gak..apa ni?? dah tak de lagu lain ke. Loya tekak aku. Ehh dengar lagu pakai telinga tapi tekak pulak yang loya, cam ner tuh?? hinshh hinshh.



Akibat sakit hati dengan channel2 radio yang aku on tadi aku pon ambik le cd2 aku untuk diputarkan di cd player aku. Ermm lagi puas hahaha tak perlu lagi dengar lagu2 yang aku tak suka. Ok kat sini top 5 cd yang aku dengar sejak 2,3 minggu yang lepas.



R.Azmi album Irama Hindustan Melayu. Erkk hindustan?? Kuch2 hotak hang (Kuch Kuch Hota Hai) hahahaha ni bukan sebarangan hindustan daaa, Ni lagu hindustan klasik yang mempunyai irama kemelayuan sikit. Bestttt siot sekali sekala layan2 lagu2 cenggini. Ni adalah rakaman dari LP aku beli kat flea market.

Mana nak dapat original rekoding LP cam ni eh. Klasik bunyi dia siap boleh dengar bunyi noise Lp tu lagi. Bunyi sound 50-an. Apa yang kagum ngan album2 R.Azmi ni ialah lirik dia yang tepat menuju sasaran tak de metafor2 atau bahasa kiasan. Memang pure .




"Ini dia si jali-jali, lagunya enak merdu sekali" pergghh meremang bulu tengkuk aku dengar lagu "Si Jali-Jali" tu. Ok Ni album dari penyanyi otai dalam scene keronchong ( scene keronchong??? hinshh hinsshh apa saja la) Ivo Nilakreshna dari Indonesia/Solo. Asyik benar aku bila dengar alunan lenggok suara merdu dia ditambah pula dengan muzik keronchong yang tenang. Paling best bila dengar dekat2 nak sunset.

Hehehe tapi awas jangan dengar pada waktu perdana (8.00-10.00 pm) kerana lagu2 nya sungguh membuai sehingga anda akan hanyut terbuai mimpi (tertido daaaaa). Bila dengar keroncong rileks jer kepala hotak tu. Kira cam terapi la ni pada aku. Juga sesuai dipasang bila tak boleh tido / menghadapi insomnia ;p





Aku nak memberontak tapi tak terkeluar pulak, tensen siot bila banyak keje. Ko nak kutuk2, marah2 kat member aku, bos aku tak sampai ati pulak. So aku dengar ajelah album Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia ni. Elemen dark/anger aku dapat diredakan seketika bila dengar lagu2 album ni.

Lirik dia memang penuh emosi/marah/pedas memang sesuai sekali. Hehehe tapi aku takde la sampai nak buat benda yang pelik hingga menyusahkan orang lain. Just sit back, pasang lagu ni kuat2 & layan guna headphone.





Bila aku dah bosan giler sampai dah tak boleh buat keje aku pasang pulak cd One Buck Short - Halal & Loving It. Sebuah band punkrock yang menghiburkan. Ahaha dengar lagu2 punkrock ni yang sonoknya secara automatik semua anggota badan akan aktif & otak jadi cergas. Nak buat keje pon sedap jer. Kira cam tindakan refleks la gitu.

Tak jemu2 pasang cd ni. Takde skip2 just play jer. Cubalah!!





Dan album yang termasuk dalam top 5 list aku ialah Amy-Magik. Album solo pertama Amy. Memang magik pon album nie. Kena pulak tengah serabut otak. Tu lagu "Aku Dah Bosan" dah jadi lagu trademark ler..hahahaha ringan sikit dari album Search, berbeza dari segi approach dia, style & sound dia. Lebih "raw" pada aku. Tapi still boleh layan.

Ok tu lah dia top 5 album melayu yang aku dengar sepanjang ke"tidakwarasan" aku sejak 2,3 minggu ni. Ntah la banyak kejeeeeeee. Nanti aku sanbung lagi pasal top 5 album enggeris yang menemani ke"tidakwarasan" aku .

Friday, November 7, 2008

Bersama Selamanya Vol.2

Yearggghh bertemu kembali diblog yang sejuk sejak akhir2 ni hahaha. Meh aku nak citer pulak pasal siri komik yang paling best & paling rock sekali kat muka bumi ni. Komik mana lagi geng komik Bersama Selamanya karya kartunis legend, brader Gayour haw haw haw.



Bersama Selamanya (BS) ni dulu start masa kat majalah Ujang antara siri paling panjang sekali kat majalah Ujang. Memang best citer ni tak boring nak baca. Tiap2 bulan dulu mesti nak cekau gak majalah Ujang tu hanya sebab nak baca sambungan cerita BS.

Tuari jalan2 kat pasar malam ada jual majalah longgok2 . Ermm aku tgk komik2 isu lama ada selongkar punya selongkar jumpa pulak komik BS. Perghh aku pae lagi sebat sebelum melepas haw haw haw.



Yang aku jumpa ni volume 2. Cuba gak selongkar2 lagi manalah tau jumpa volume 1 punya lagi syok. Apapon memang puashati jumpa BS ni mint condition pastu murah lak tu. Nostalgia betul BS ni dah lama tak tengok gelagat Mat Tepet karektor paling selamber & paling kecoh kat BS.



Budak2 sekarang mungkin tak kenal cerita BS ni eh. Takpe so sape2 yang tak kenal tu cuba la tanye abang2, pakcik2, makcik2 yang membesar dengan cerita BS ni. BS ni bercerita tentang erti persahabatan, kekeluargaan & perjuangan meneruskan hidup. Walaupon nampak macam berat jer isunya tapi brader Gayour telah mengolah BS ni dengan gaya paling sempoi & menghiburkan & kadang2 kala meragut perasaan gak haw haw haw.



Karektor2 BS ni kalau korang ingat ialah Amar (hero la kira dia ni), Dollah (gaya ala2 hippies), Din Senget (metaller pakai "cap"), Mat Tepet (selamber- happy go lucky), Pet (body builder) & Lin ( awek Amar). Dalam banyak2 karektor tu aku paling suka Mat Tepet ar, kecih siot dekni paling suka bergaduh & mulut paling laser sekali haw haw haw.





Yang best nye pasal BS ni dia ada citer pasal muzik especially muzik hardrock/metal. Sebab watak2 kat dalam BS ni sume minat muzik & ada band sendiri. Bila time scene mat metal mesti brader Gayour letak bait2 lirik lagu2 & pastu ada remark kat bawah scene tu lagu & artisnya sekali. Lagi best kalu scene dorang jamming & konsert lagi best. Kat sinilah aku belajar mengenal band2 & lagu2 metal.







Kalau scene gaduh2 pulak dah macam baca komik2 Marvel cam Hellboy, Spiderman etc. sebab gaya lukisan2 brader Gayour ada pengaruh2 komik2 tu. Cuba tengok gambar2 kat atas tu best kan. Bila baca balik macam aku ada sekali la kat dalam cerita BS tu. Haw haw haw gila betul la baca BS ni. Karya brader Gayour ni memberi kesan dalam hidup aku.



Kat page hujung ni brader Gayour ada tunjuk kan lakaran karektor2 dalam cerita BS ni. Yang ni suma lakaran original dari buku lakaran beliau. Gambar atas tu lakaran karektor utama; Amar.



Ni pulak lakaran karektor keluarga Amar (mak, bapak & 2 adik kembar), Pet & Lin (Awek Amar).



Dollah, Mat Tepet & Joe (haha ni lah musuh si Amar memang brutal dek ni)



Dan last sekali ada gambar koleksi peribadi brader Gayour. Memang trully Metaller ar Gayour ni hahah korang tengok jer la gambar2 kat atas tu dah macam Slash GNR. Kalau tak silap ada BS ni ada kaset dia gak. Ermm mau carik la itu kaset. So sape2 yang ada info tentang kaset BS & BS vol.1 tolong bagitau eh aku nak beli bikin pusaka.

Thursday, November 6, 2008

Badminton Master Return

Oho korang ingat lagi tak kasut kuno ni. Sapa2 yang membesar era tahun akhir 70-an-awal 90-an mesti kenal kasut Badminton Master keluaran Bata ni. Serious cakap pada aku kasut ni memang memberi kenangan siot.



Masa sekolah rendah dulu kasut ni la yang aku pakai. Even kawan2 suma time tu dah pakai BM2000 ( ingat lagi tak kasut ni yang tapak dia petak2 tu), Spark (ni yang ada pemantul cahaya tu) & Aliph Strike Force (model tu kot nama dia, aku pon lupa) aku masih pakai kasut Badminton Master ni.



Kasut ni memang sedap pakai lembut jer tapak dia, ringan & sempoi. Biasa dak2 sekolah dulu sapa yang main takraw mesti pakai kasut ni. Mungkin sebab dia ringan so nak lipat gulung pon senang jer.

Sebenarnya aku memang mencari gak kasut ni untuk dibuat koleksi dulu. Yelah kasut model kuno cam Aliph gak kasut ni. Dalam aku mencari sneakers Aliph tu aku cari2 gak kasut ni. Tapi tak jumpa pulak.

Tapi akhirnya kasut ni muncul balik siot. Hahaha syok giler aku bila tau kasut ni keluar balik. Bata re-issue balik... memang sebijik macam yang dulu2 tu. Cutting dia, berat dia cuma harga jer dah lain hahaha. Dulu RM8-10 jer kalu aku tak silap.



Model ni la yang paling klasik sekali. Aku dah grab yang klasik ni.



Biru menawan kalbu



Merah pilihan mak Ngah..muahaha



Hitam tetap menawan

Semua ada 4 model kaler macam yang dulu gak, putih, biru, merah & hitam. Aku tak sure samada re-issue ni untuk limited time period atau tak. Kalu limited jawabnya harus dimiliki kesemua model2 ni.Memang tahap rare le bagi aku.

Untuk info klik sini. Ada peraduan.

Tuesday, November 4, 2008

Q Mag-Nirvana & The Story of Grunge pt.3

Uiih lama bebenor aku tak tengok blog aku huhuhu dah naik beku dah blog aku ni. Sejuk giler ermm bukan apa banyak kerjaaaaaaaa!!!!! nak menulis pon tak de mood hahaha. Ok tengah free sikit, folder2 pon dah makin surut so aku nak cairkan molekul2 dah dah lama sangat beku ni eh.

Ok takde apa sangat just sambungan citer pasal Nirvana. So layan gambar je la eh. Aku pon tak de idea nak ngomel panjang2.







Ni tahun 1994 time Kurt mati bunuh diri atau kene tembak?? ntah ler. Masa dia mati tu jam suma orang berkabung. Sampai stesen2 radio kat sana mainkan lagu Nirvana jer selama 24jam tanpa henti.







Ni pulak citer pasal Foo Fighters, band ex-drummer Nirvana Dave Grohl & 2nd gitar Pat Smear. Dan sekarang Foo Fighters dah jadi nama besar kat US & antara band yang dihormati.









"American Sweetheart" Courtney Love janda Kurt & citer pasal bandnya Hole. Sekarang dah R.I.P band ni. Courtney ni pon selain nyanyi, cipta lagu dia pon sorang pelakon gak. Ada banyak gak filem2 yang dia berlakon. Gambor kecik tu gambar Courtney ngan anak dia Frances Bean Cobain. Dah besar eh Frances Bean nie. Persis muka Kurt Cobain.













Koleksi foto Nirvana sewaktu dari sebelum popular hinggalah popular. Tengok muka Kurt tu time rambut panjang. Dia minat Led Zeppelin.











Antara 10 album terbaik yang pernah dihasilkan oleh band2 yang berasal dari Seattle. So sapa2 nak kenal muzik Seattle atau Seattle sound cuba la cari album2 tu. Aku pon tak complete lagi kumpul album2 tu.





Ok tu jer la nanti ada free aku citer lagi eh.