Monday, December 27, 2010

Masalah Berganda.. Konsert Gemuruh DT @ Sunway Lagoon

Heh lama tak mereview..ntah reti lagi tak mereview ha5..anyway ni review carca merba edisi Tengah. Siri tour Double Trouble sampai kepenghujungnya. 25 Disember lepas kat Sunway Lagoon Surf Beach Park jadi saksi..memula agak berat gak nak pergi sebabnya Kak Ngah announced last minute nak buat kenduri anak dia sunat, daniel & haris + sambutan hari lahir mak & abah. Namun timing tu kak ngah buat lepas Zohor & abis lepas Asar dalam pukul 6pm gitu. Lepas siap2 kemas semua lepas maghrib terus gerak gi Sunway Lagoon.


Aku sampai dalam pukul 8.20pm. Tengok suasana ramai lagi yang tak masuk. Dok tunggu2 member. Ada terjumpa 1 mamat kat parking motor..dia dok membebel pasal tiket kat kawan dia..tapi kawan dia tak sampei2 lagi..haha5 sabar jer lah brader. Sebenarnya ni first time masuk Sunway Lagoon. Punyalah jauh nak sampai tapak konsert dari main enterance hampir 1km kot jalan..sabar jerlah.


Sampai kat tapak konsert crowd dah penuh dah..ada yang mengilau2 cari awek hilang..depan stage memang dah penuh sampai tengah..aku rileks dulu..cari abg Zan di booth S2W & geng2 DuniaSearch (DNS). Hehe jumpa balik kawan2 lama..syok beb..sementara nak tunggu start..ushar2 tshirt kot ada yang berkenan.


Konsert dimulakan dengan penampilah khas Hillary, Syam Wings, Azlan ( The typewriter) Kelly & Rozza. Persembahan dorang memang gempak siyol. Dengan dimulakan intro "Pelesit Kota" original version dari Hillary & kendian terus masuk "Fantasia Bulan Madu". Crowd dah histeria macam kena rasuk cam citer Alam Ghaib hehe menjerit2..terpekik2..version ni memang gempak, solo akustik Hillary memang menusuk & menyentap jiwa raga..seyes..sebijik cam dalam album. Lepas tu jer terus sambung "Intan Ku Kesepian". Sekali lagi crowd histeria bagai nak rak..bulu roma aku pun turut meremang..for the first time aku tengok Syam Wings "live". Azlan pon ok bawak lagu2 tadi.


Now is time for Rock n Roll. macam biasa intro lagu IM, Idle of March, lepas tu terus masuk "Balada Pemuzik Jalanan" Amy backup by Wings. Memang sesuai jadi lagu 1st. crowd secara spontan jadi histeria (lagi), cukup lincah he5. Abis jer Wings ambik tempat dengan lagu 2 terbaik mereka "Inspirasi Taming Sari"&"Romania". Fuhhh malas nak citer la..ini lagu memang "ngaceng" ha5. Lepas tu "Opera Hidup" berkumandang, Awie backup by Search.


Next Search pulak kasi "tendang bontot"(kick ass)..dengan intro bunyi sape dari Din Mayat, "Paranoid" bergegar. Lagu happening tapi crowd..alahai..dah penat ker? hu5..graf menurun skit ha5. Sambung "Gothik Malam Edan" lak..oowhh graf naik balik..crowd hangguk2..geleng2. Abis Wings tak puas hati..kuar lak lagu " Jerangkung Dalam Almari", Orang Kita" & "Bujang Senang"..wallawe..setlist baru beb..graf adrenalin mencanak naik..aku pun turut serta melayan crowd yang paling happening depan aku..tak reti penat beb dak2 depan aku ni. Ada kejutan untuk show kali ni sebab ada set orkestra. Ni jam Wings main "Sejati" diiringi string section. memang best..walaupon bunyi string dia agak tenggelam (dari tempat aku berdiri ) tapi sok kalu kuar cd mesti gempak.

Now Search lak balas balik. "Cakap Memang Murah" & "Mentari Merah Di Ufuk Timur". Heheh keluar gak MMDUT ni. Ok lah baru la segar sikit ha5. Lepas puas jerit2 backup Amy, klasik "Pawana" bergema dengan diiringi Orkestra. Gempak gak..seret lagu ni tapi kecewa la strings tak dengar jelas tenggelam dengan gitar Kid & Mayat. "Gelap Nan Terang" dialunkan tapi ini jam sound agak hancur, gitar too loud sampai Joe "ketat" jer maybe masalah monitor tak dengar. Sayang lor..ada bercelaru skit.

Then next duo segment "Gemuruh" jadi opening untuk set ni. Seterusnya medley lagu2 hits didendangkan sekali lagi bersama orkestra. Menarik. Crowd sume sing a long, happy2 jer lagi2 tengok telatah Awie menari ballet. Siot la Awie. Abis jer "we want more" berkumandang dari crowd. Ha5 tak puas.

Untuk encore cam biasa la "RnR Lu Punya Suka" dengan lawak2 Awie & Amy & "Pasti" menjadi santapan telinga untuk terakhir kalinya siri DT ni. Kesimpulannya puas hati gak er show malam tu dengan setlist yang agak berlainan dari Wings & Search. Cuma sound la..kira memuaskan ler..byk bunyi "klik" pada speaker belah kiri. Mungkin sebab kabel gitar or mikrofon & speaker kiri agak bingit berbanding speaker belah kanan. Apa2 pon paling best dapat tengok intro akustik 'Pelesit Kota", Solo original "FBM" & "Intan ku Kesepian" by the original guitarist Syam Wings. Priceless.

Setlist :

Hillary & Syam :

-Intro pelesit Kota
-Fantasia Bulan Madu
-Intan Ku Kesepian

DT :

Intro (Idle of March)

Set 1 :
Balada Pemuzik Jalanan-Amy backup by Wings
Inspirasi Taming Sari
Romania
Opera Hidup-Awie backup by Search
Paranoid
Gothik Malam Edan
Jerangkung Dalam Almari
Orang Kita
Bujang Senang
Sejati with orkestra
Cakap Memang Murah
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Pawana with orkestra
Gelap Nan Terang Joe + Kid

set 2 :
Gemuruh

with orkestra:
Rozana
Semalam yang Hangat
Gadisku
Taman Rashidah Utama
Meniti Titian Usang
Misteri Mimpi Syakilla

encore:
RnR Lu Punya Suka
Pasti

Sunday, December 26, 2010

Disember ini

Bulan disember ni banyak benda best berlaku. Antaranya :

1) 19 hb konsert analoque kat IB ( memang superb )
2) 23 hb besday mak ( selamat hari lahir mak)
3) 25 hb mcm biasa kismes haha tp gua sambut besday abah gua ( selamat hari lahir abah)
4) 25 hb kak ngah buat kenduri dabel trabel ( kenduri kesyukuran anak dia sunat - daniel & haris, celebrate besday mak & abah )
5) 25 hb gak sms dari seberang tambak, tix dah ada ( yabedabedu..thanks alot brader - u no ho u r :) )
6) 25 hb lagik turun penutup konsert DT ( setlist syokkk tp...) - dpt jumpa kwn2 lama esp dak2 DNS.

ermm ok tu jer..review2 akan menyusul kendian..

Tuesday, December 14, 2010

masuk istana lagi??


(klik kasi besar)

LoQue bikin kacau lagi. Dulu ngan Butterfingers, kali ni buat kacau ngan band Monoloque & Ana Rafali. Rasa-rasanya nak kena masuk istana lagi la nak nengok kekacauan itu. Kira2 budget ok gak ni. Amacam.. ada sapa mau follow?

Wednesday, November 3, 2010

Review cd : Soundgarden - Louder Than Love

Louder Than Love (LTL) merupakan album ke-2 Soundgarden (SG) & yang pertama bersama major label; A&M Records. Album ini boleh dikatakan yang membentuk karektor muzik/bunyi trademark SG sebelum diperkembangkan pada album2 seterusnya. Jika Ultramega OK (album sebelumnya) lebih kepada 70's psycedelic rock + Black Sabbath + hardcore punk, LTL lebih garang, berat & sludgy.


foto cover oleh [Charles Peterson]

Album ini juga merupakan album yang membuka jalan kepada Seattle band menerjah kedunia mainstream. Sejak berjaya tersenarai dalam carta Billboard 200 & tour bersama2 nama besar seperti Skid Row & GNR band metal dari Seattle ini terus menjadi perhatian. Line up SG ketika ini Chris Cornell (Vokal/gitar), Kim Thayil ( gitar utama), Hiro Yamamoto (bass) & Matt Cameron (drum).


Lagu -lagu di dalam album ini agak menarik kerana kepelbagaian tempo & mood, cuba dengar "Gun" yang bermula agak sludge kemudian secara perlahan-lahan semakin laju pada pertengahan, seterusnya solo yang mengila dan sludge semula pada penghabisan. Selain itu jika mahukan sesuatu yang energetik & "wild" cuba dengarkan lagu-lagu seperti "Hands All Over", "Get on Snake" (kedua-duanya ciptaan Kim Thayil, lirik oleh Chris Cornell) pasti secara automatik pasti kepala anda bergoyang berheadbanging bersama.

Jangan lupa "Big Dumb Sex", "Full On Kevin's Mom" (yang kuat pengaruh hardcore punknya), pasti takkan mengecewakan. Dan pada sesiapa yang suka pada muzik yang berat, berkerak, doom & sludge boleh layan "Ugly Truth", "I Awake" (riffing nya amat menarik sekali) & "Uncovered".


Selain itu keunikan vokal Chris Cornell yang high pitch (agak susah nak jamming lagu SG sebab vokalis tak sanggup nak hit the notes hehehe) menjadikan album ini tersendiri dalam membentuk identiti SG. Album ini juga merupakan album terakhir menampilkan Hiro Yamamoto bersama SG dan untuk tour album ini, Jason Evermann (ex-gitaris Nirvana) dipanggil untuk mengambil posisi bass & dia dipecat selepas habis tour.

Secara keseluruhannya album ini antara album SG yang terbaik, kerana identiti album-album seterusnya (Badmotorfingers, Superunknown & Down On The Upside) terbentuk dari sound LTL. Mungkin ada yang tak setuju ha5 tapi pada pandangan penulis LTL menberikan atmosfera yang "organik", berat & raw.

Apa pun great music is just great music. Ada suka ada benci, semuanya ditelinga anda. Ok sapa yang nak dengar album ni sila klik [link]. Selamat mendengar.

Monday, November 1, 2010

Taman Bunyi & Pusing

Dah lama nak upload benda ni tapi masa lak tak mengizinkan. Oklah tak mau citer panjang2 Bulan September merupakan bulan yang agak menerujakan. Mana taknya setelah kecoh kat website yang Soundgarden (SG) reunion balik & pastu muncul pulak first gig selepas 12 tahun berpecah kat Showbox, Seattle pada April lepas & pengumuman album terbaru Telephantasm rilis 28 September 2010.

So bulan September dapat item 1&2 dan Oktober dapat item 3. Oklah layan gambar dulu nanti senang aku review benda2 kat bawah ni. Ok ;)




clockwise :
1.Majalah Spin edisi September 2010
2.CD Soundgarden - Louder Than Love
3.CD Soundgarden - Telephantasm (digipak)



Isu eksklusif SG reunion sempena rilisan Telephantasm



"Alive in the superunknown"



gambar masa first gig kat Showbox, Seattle April,16 2010



disaat kemesraan dulu



Chris Cornell amat bersungguh-sungguh.

Sorry tak de scanner & tangkap pakai henpon murah jer :p. Isu ni banyak cerita pasal kisah disebalik perpecahan dulu, cerita pasal kehidupan bandmate sepanjang perpecahan, sebab reunion & sikit pasal rakaman singles terbaru "Black Rain".

Ok adios.

p/s : Awaiting for the review from Abg Zan dulu he5

Saturday, October 30, 2010

aloha

Lama tak berbloging..bukan apa semenjak dua menjak jadi "freelance" (penganggur) memang agak kental la hidup aku ni. Banyak benda nak kena catch up/fikir antara tanggungjawab pada family (mak ayah), perbelanjaan harian rumah, keperluan sendiri lagi kadang2 pening gak kepala. Nak reschedule life & financing (semestinya) sama macam masa terima gaji tiap2 bulan dulu. Tapi alhamdulillah aku tak de banyak beban hutang ( ansuran kereta, motor, personal loan, kad kredit etc) yang ada pun hutang PTPTN jer. So kira ringan ler beban hutang aku. Tu pon patut kena selesai sebelum 2012. Maknanya aku cuma ada lagi 1 tahun nak settle hutang tu.

Maaflah pada kawan2 yang lama aku tak lepak sesama tengok konsert, tengok gig, pegi Amcorp borong cd2 rare, boxset, LP, magazine2 kuno, barang2 kuno, baju2 band vintange etc. Bukan sombong brader tapi masalah "kos". Bukan tak boleh nak join boleh tapi nanti aku sendiri yang merana. Segala yang telah dirancang akan mengganggu kehidupan aku ;)

Now on kena cari kerja...memang hebat persiangan bagi menjawat sebuah pekerjaan sekarang ni. Walaupon dah banyak syarikat aku naik turun sambil bertali leher, berseluar slack, membimbit fail sijil2 untuk bertemuduga namun belum rezekinya lagi. Ada hikmahnya. Mungkin Allah nak menguji agar aku menjadi seorang hamba yang lebih sabar, tabah & kuat. Dan aku percaya rezeki aku ada asalkan tidak memilih & terlalu ambil kisah tentang jenis pekerjaan.

Alhamdulillah aku still dapat cari rezeki di bumiNya walaupun secara sambilan saja. Aku bersyukur sangat sekurang kurangnya dapatlah menampung kerperluan dan kehendak diri sendiri dan paling penting kerperluan rumah & tanggungjawab kepada mak ayah selesai pun dah cukup. Insyallah ada rezeki lebih baik di masa depan. Amin.


For all member yang rasa aku sombong, lupa kawan, yang mana tak call/berbalas sms etc tu aku mintak maaf bebanyak weii. Aku still orang yang dulu gak cuma sekarang kena slow skit. Bak kata my big bro Deaf "life is fragile" yeahhh aku setuju. Tapi walau macamana pun, "kita mesti terus hidup" -Osman Tikus dan kena ingat ada orang yang lagi susah & kurang bernaib baik dari aku.

p/s : Opss aku membebel lak

Thursday, September 2, 2010

Pasar Borong

Pagi tadi aku temankan abah gi pasar borong Klang. Kami pergi naik RXZ energy injection kaler merah putih. Otai moto ni..abah yang punya. "Jom pegi pasar borong, nak carik rempah buat masak untuk raya" ajak abah mulakan ayat manis. "ok bah" aku balas.

Nampak gayanya abah nak masak besar-besaran malam raya sok..aisey aku jadi chef lagi la tahun ni.. Angahhhhhhhhhhh ko takyah la balik "Aloq setaq".

Thursday, August 19, 2010

"Telephantasm"



Penantian..mcm deaf gak hehe5.. album terbaru dari legendary of Seattle's heavy metal group, SOUNDGARDEN - TELEPHANTASM .

Single "Black Rain" dah released
[klik sini].

Wednesday, June 23, 2010

Rebah Jua



"Tiada apa yang nak dibanggakan dengan Penjara Pudu. Ianya hanyalah sejarah hitam Malaysia" - kata seorang menteri sewaktu berucap di Parlimen. Mmmmm

Saturday, June 19, 2010

Gadis Teh o Ais



Gua gagal mengesan siapa awek ni. Peristiwa berlaku pada 31 Mei 2009 kira2 jam 4.00 petang lokasi di Pelita, Bangsar ketika dia keseorangan sambil menjeling kearah "balak"nya yang pergi ke kaunter bayaran. Dia minum teh o ais. Sama air macam gua cuma gua melantak nasik kandar sepinggan RM 6.30 (lauk ayam goreng, kuah campur, sayur kobis & sedikit papadum).

*Gua tak sengaja amik gambar awek teh o ais ni ( serius...)

Hidup ! hidup ! hidup!

Akhirnya gua dapat taip jugak papan kekunci ni. Gua masih hidup.

*nampaknya ini sajalah masa yang ada. Memang betullah "masa amat mencemburui kita"

Thursday, May 13, 2010

Selasa lepas

Selasa lepas gua ngan Zan masuk Dewan Filharmonik Petronas sebab menonton persembahan Ramli Sarip. Review kat sini .

Sekian terima kasih.

Wednesday, March 17, 2010

Good

Lama tak layan 90's alternatif trio ni



"Better Than Ezra - Good"

Looking around the house.
Hidden behind the window and the door.
Searching for signs of life but there's nobody home.

Well, maybe I'm just too sure.
Maybe I'm just too frightened
by the sound of it.
Pieces of note fall down, but the letter said,

[CHORUS:]
Aha, it was good living with you.
Aha, it was good.
Aha, it was good living with you.
Aha, it was good.

Sitting around the house,
watching the sun trace shadows on the floor.
Searching for signs of life, but there's nobody home.

Well, maybe I'll call
or write you a letter.
Now, maybe we'll see on the Fourth of July.
But I'm not too sure, and I'm not too proud.
Well, I'm not too sure and I'm not too proud to say.

[CHORUS:]
Aha, it was good living with you.
Aha, it was good.
Aha, it was good living with you.
Aha, it was good.

[spoken:]
Yeah, you were so good.yeah you were so good, yeah that's right...


Wednesday, February 17, 2010

Nothingman




"if you love someone and they love you, don't fuck up...
'cause you are left with less than nothing."
Eddie Vedder

Monday, January 25, 2010

Live Sh*t


Tuari ada singgah Rock Corner nampak pulak boxset klasik, Metallica Live Sh*t : Binger & Purge. Wahh gua meleleh jer tengok, RM 290.90. Memang dah lama gua cari album ni sebab ada kenangan dengan album live ni. Dulu ada beli kaset Live Shi*t : Mexico City nyer konsert. Tu jam gua kecik lagi baru nak kenal2 Metallica, tu pon beli tape part 1 aje. Kat mudah.my ada mamat jual Rm1k++ (klik sini). Ishhh tapi oldskool la dia punya tp menggeletar poket woo huhu. Nak kumpul duit takut tak sempat nak sambar lak tau2 dah ada org sambar lak :(

Friday, January 22, 2010

BFM rock beb

Dalam banyak2 stesen radio kat Malaysiaku ini, BFM la paling rock sekali. Frekuensi kat klang valley 89.90 fm. Kalau nak dengar lagu2 rock dari pelbagai era "tune" lah radio ni. Walaupun radio ni banyak citer pasal business tp lagu2 dia betul2 rock lah. Sapa minat bola mana yang tak sempat nak tengok kat astro, dengarlah radio ni sebab ada live broadcast.

Tapi radio ni cuma available kat area klang valley, Negeri Sebilan & sebahagian Melaka jer. So sapa2 yang duduk kat negeri2 tak di sebut tu bole dengar online, pegi kat web BFM & klik kat menu tu. Try la. Radio paling rock selepas Classic Rock station (dulu Classic Rock guna 103.30 fm sekarang Era guna).

Thursday, January 21, 2010

Sejuk lagi?



Lama tak singgah sini..rasanya weekend ni nak layan "stim" sini la..
sejuk lagi ker Cameron Highlands?

Monday, January 4, 2010

kembali ke sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada :

1- Noraini - Tingkatan 3
2- Danial Iskandar - Tahun 5
3- Harith Iskandar - Tahun 3
4- Mohd Alif nazmi - Tahun 1

short msg :
anak2 buah paksu, belajar rajin2 eh biar jadi best student eh. rock on \m/

Saturday, January 2, 2010

Apa ada pada 2009

Tahun 2009 merupakan tahun paling sibuk & happening pada aku. Banyak perkara aku belajar pada 2009 seperti hal2 berkaitan family, love, hate, friends, work, financial, music etc yang sememangnya menguji kesabaran, kesetiaan, ketahanan mental, keimanan dsb.

Muzik :

Dari segi muzikal 2009 menyaksikan banyak konsert/gig menarik berlangsung. Antara yang menjadi kenangan ialah konsert eksklusif Butterfingers di Istana Budaya pada awal Januari, Konsert M.Nasir juga di Istana Budaya pada Februari yang juga merupakan tiket konsert paling mahal pernah aku beli dalam sejarah berkonsert. Selain itu tour Search Di Awan Biru berlangsung pada 2009 & aku hanya dapat menyaksikan tour tersebut di 2 venue; di Johor Bahru & Jengka. Banyak juga gig2 best cam Buzzcock, Wings etc tapi tak dapat pegi hu5.

Tahun 2009 juga menyaksikan Brain Jelly (band rakan2 & aku--ramai tak tau ni hehe) berjaya menghasilkan demo/ep berjudul Anytime & Anywhere. Banyak perkara tentang selok belok rakaman aku pelajari. Memang perit hahaha bukan senang yer. Baru aku paham tekanan masa rekoding bak kata abang Ben "lepas rekoding memang rasa tak mau pegang gitar lagi dah". Memang best giler bila demo/EP dah siap, main lagu sendiri & performed kat sirkit2 gig & BOTB.

Aku juga buat penulisan/kajian berkaitan muzik. Ada yang dah publish ada yang belum haha yang pastinya ada lagi kerja berkaitan penulisan/kajian aku yang pending tapi still jalan walaupun lambat. Ntah bila nak siap huhuhu.

Family & friends, love & hate :

Aku & abang aku, Man semakin rapat. Setelah sekian lama kitorang buat hal masing2, bertegur sapa pun jarang apatah lagi nak berbual2. Namun 2009 memberi sinar baru dalam hubungan kami. Kami dah boleh berbual2 walaupon tak banyak topik namun perkembangan lebih positif. 2009 juga banyak rakan2 blogger & forumer kembali ke rahmatullah. Walaupon mereka ini hanya aku kenal & berinteraksi melalui internet namun kesedihan tetap dirasa & menyentuh hati bila mendengar mereka kembali ke sisi-Nya.

Banyak juga rakan2 /geng81 menamatkan zaman bujang mereka. Haha tahun ni paling banyak jemputan majlis perkahwinan . Ada yang sempat aku jenguk & ada juga yang aku terlepas pandang (maaf yer). Kepada mereka yang telah berumah tangga aku ucapkan semoga berbahagia ke akhir hayat . 2009 juga aku ditemukan dengan seseorang yang cukup baik & manis. Aku senang berkawan dengan beliau. Walaupun usianya muda namun fikirannya matang & terbuka. Berbuallah apa saja topik, kutuk la apa saja namun si dia tetap cool & manja hahaha.

Pelbagai & lain2 :

Banyak juga baju2 band aku kumpul tahun ni yang menyaksikan aku terpaksa membeli gobok baru. Selain itu banyak juga kaset2, cd2, dvd2, LP2 & buku2 rare dapat aku kumpul. Ada yang sempat baca/dengar ada yang just jadi perhiasan hehe sampai berhabuk2 tak disentuh lagi. Aku juga tetlibat dalam kemalangan. Kancil merah aku kemalangan November lepas. Teruk gak kena hentam depan & belakang. Sebanyak 4 biji kereta terlibat dalm kejadian tersebut. Aku keta no.3 tapi dah ok dah semakin anggun kancil merahku itu.

Apapun 2009 dah jadi sejarah.Banyak pengajaran tentang kehidupan telah aku perolehi. Mana yang tak elok jadikan tauladan & jadikan tahun 2010/1431 lebih baik/berjaya dari tahun sebelumnya. Harap korang pon begitu.

~"Brader, kita mesti terus hidup" - Osman Tikus~