Thursday, May 29, 2008

Tribute to Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Ermm hari ini dalam sejarah genaplah 35 tahun pemergian seniman agung tanahair, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.



Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein.

Memula dulu P.Ramlee start ngan main ukele, pastu tukar main gitar & seterusnya biola dibawah bimbingan cikgu Kamaruddin. Pastu beliau masuk plak nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 & pada masa ni lah beliau guna hufur "P" ( Puteh ) & gelaran P.Ramlee tu kekal sampai akhir hayat beliau.

Pastu klu tak silap filem pertama beliau ialah "Chinta" pada tahun 1948 yang mana sebagai penjahat dan nyanyian latar & filem terakhir beliau pula ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 ( best siot filem nie..hahaha zam zam ala kazammmmm...dussshhh ). Idola beliau dalam lakonan kalu korang nak tau ialah dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan ( ermm betul gak..klu nengok filem tamil lakonan dua orang ni..persis cam P.Ramlee ). Klu tak silap lagu "Air mata Kuala Lumpur" merupakan lirik terakhir tulisan beliau sebelum kembali ke rahmatullah.

Banyak filem2 beliau tak jemu2 untuk ditonton. Bak kata pepatah "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" atau bahasa mudahnya "evergreen". Cuba tengok siri2 Trilogi cam Bujang Lapok, Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapok, Ahmad Albab etc best kan...gelak giler klakar. walaupon dah tengok banyak kali tapi tak boring erk.

Pada aku permergian beliau merupakan kehilangan sorang bintang yang tiada tolok bandingan & tiada penggantinya sehingga kini. One & only P.Ramlee the legend.

Wednesday, May 28, 2008

Sehari Di Pasar Karat

Ermm apa aku nak citer kali ni ek.. oh takpe kali aku nak cite plak pasar karat @ flea market. Pasar karat ni kira cam pasar biasa tp berbeza skit pasal kat sini dorang hanya jual barang2 terpakai, antik & sebagainya. Kat sinilah "port" atau tempat paling best klu nak cari barang2 lama yang & tak mungkin ada jual lagi kat kedai2 ( kire bahasa bundle nya "rare" ).

Ok aku cume nak citer pasal aktiviti aku kat pasar karat hari Ahad lepas ( 25 hb May 08 ). Lain kali aku citer lebih details pasal pasar karat ni ek. Boring2 pagi Ahad bangun awal termenung jer aku sambil nengok kartun..ermmm apa nak buat ek nari?? Oh yea gi pasar karat pon best gak.


Lepas abis sarapan jer aku terus gerak gi pasar karat kat Amcorp Mall (AM), Petaling Jaya. Hehe lama siot aku tak turun AM ni..dekat 2 bulan gak ler rindu nak lepak sana. Aku suka lepak AM sebab nilah satu2 pasar karat yg ada aircond sebab dorang open kat dalam shopping mall.
Aku sampai pukul 10.30 am. pusing2 jap survey2 sangkut plak ngan barang2 kat bawah ni :


First aku grab 2 t-shirt blackie band nie.. t Motley Crue - Too Fast For Love ( glam rock / metal ) & t Cathedral - Caravan Beyond Redemption ( doom metal ) & ada lg 2 t blackie tool - Latelarus & RHCP - Blood Sugar Sex Magic. Tapi yang Tool & RHCP aku suruh simpankan dulu..kasi reserved dulu hahaha pasal kene ikut kuota nnt over budget ekekeke.


Pastu round2, tawaf 2,3 kali jumpa plak komik ni The Kampung Boy - karya agung kartunis Lat ( sekarang dato' ek )..memang terlompat aku jumpa komik ni hahaha dibawah timbunan buku2 lama..penat gak selongkar..uhuk2 habuk hahaha. yang ni 2nd print punye 1981 woooo..best2 condition pon baik lagi cuma ada la tertanggal muka surat dia skit. Tapi sume still complete lagi page dia. Tak sangka jumpa komik lagenda ni weii.


Dah penat tawaf kat lower ground, naik plak 1st floor lepak kat port used cd. Belek punya belek jumpa plak 3 cd ni; Whitesnake - Ready An' Willing ( 1980-UK ), ACDC - Flick To The Switch ( 1983 - US ) - ni kire 1st album dorang produced sendri ek..heavy sound dorang kali ni & Tool - Undertow ( 1993 -US ) dorang punyer first full-length album. Ni sume memang original pressing & bukan re-pressing.

Pergh memang worth ar aku seharian kat AM, ada banyak lagi benda2 menarik tapi tak pe lah..bulan depan bleh gi lagi..rembat LP plak hahaha banyak jumpa LP rare antaranya Voivod.. tu pon dah suruh apek tu simpan.."next month saya mali la apek oo, jaga ni LP aa apek kasi simpan dulu ".

Anyway aku puas & tak sia2 aku lepak AM seharian. Huhuhu next time cite plak pasal pasal karat AM ni secara details ( nanti aku petik gambar3 dia eh ).

Wednesday, May 21, 2008

Review CD : Napalm Death - Scum ( 20th Anniversary Edition )

Ok aku kembali menulis... setelah lama menyepi..kali ni aku nak citer plak pasal album pecahan muzik keras & berat. Album yang bertunjangkan muzik Grindcore, Napalm Death - Scum.

the classic grindcore album

Album Scum ini merupakan album pertama dari Napalm Death diterbitkan pada 1987 dibawah label independent Earache. Album ni pada aku merupakan satu album yang betul2 raw sbb "Scum" started a truly violent revolution within the world of extreme music. Whoaa speaking omputih aku hahahaha.

Pada awalnya dorang ada keluarkan demo “Hatred Surge” pada 1984/85 klu tak silap. Rentetan dari kejayaan demo itu, terus lahirnya album Scum ni. Pada awalnyer line up Napalm death adalah Justin Broadrick ( guitar / vocal ), Nik Bullen ( bass / vocal ) & Mick Harris ( drums ). Mereka inilah founder Napalm Death.



Dalam album Scum ni mengandungi sebanyak 28 tracks with 2 different line up. 28 tracks with 2 line up ?? iye....tak tipu. Memang puas layan head bangging dengar album ni. Dengar riffing guitar yang berat, laju ketukan drum yang padu, laju giler ( tak tercabut ker kaki ngan tangan drummer ek..ekeke ), bass line yang menggegar serta vocal growl yang berkarat.

Kat bawah ni aku listkan tracks yang terkandung dalam album Scum :
  • Multination Corporations ( 1:05 )
  • Instict Of Survival ( 2:26 )
  • The Kill ( 0:22 )
  • Scum ( 2:38 )
  • Caught...In A Dream ( 1:47 )
  • Polluted Minds ( 0:58 )
  • Sacrificed ( 1:06 )
  • Seige Of Power ( 3:59 )
  • Control ( 1:23 )
  • Born On Your Knees ( 1:48 )
  • Human Garbage ( 1:32 )
  • You Suffer ( 0:01 )

Untuk tracks di atas ni line up terdiri daripada Justin Broadrick ( guitar / vocal ), Nik Bullen ( bass / vocal ) & Mick Harris ( drums ). Lagu2 tersebut kebanyakannya dirakam antara tahun 1982-1986 dicipta oleh Justin & Nik.

  • Life? ( 0:43 )
  • Prison Without Walls ( 0:38 )
  • Point Of No Return ( 0:34 )
  • Negative Approach ( 0:32 )
  • Success? ( 1:08 )
  • Deceiver ( 0:28 )
  • C.S ( 1:14 )
  • Parasites ( 0:23 )
  • Pseudo Youth ( 0:42 )
  • Devine Death ( 1:21 )
  • As The Machine Rolls On ( 0:42 )
  • Common Enemy ( 0:16 )
  • Moral Crusade ( 1:32 )
  • Stigmatized ( 1:03 )
  • M.A.D ( 1:34 )
  • Dragnet ( 1:01 )

Untuk tracks ni pulak line up dia Lee ( Lead Growls ), Mick Harris ( drums ), Jim ( grinding bass ), Bill ( guitar ). Hanya tinggal Mick Harris saja yg tinggal setelah Justin Broadrick & Nik Bullen keluar dan menubuhkan band Industrial metal ( Jesu, Godflesh ).

Sempena 20th anniversary Scum disertakan sekali DVD "Scum Story" kira macam dokumentari sejarah album ni la. Ada interview terbaru dengan Mick Harris. & kat dvd ni dia tunjuk la studio tempat rakaman Scum dijalankan. Ada gak demostrasi Mick Harris pukul drums kat satu studio lama. Best nengok dia belasah drum kit tu...cam nak tercabut kaki aku nengok hahahaha...tapi memang laju oo power dekni pukul.


Klu dengar album ni sambil buat keje mesti pantas dan cergas cerdas hahaha. dulu masa aku blajar dulu..klu malam nak buat assigment klu dah ngantuk pasanglah album ni..gerenti tak ngantuk punyer..hahaha. Dulu aku ada kaset jer memula beli dulu kawan yang recommend. Memula tak masyuk sangat...bising jer lebih ar album ni..album ape nie.

So bila dah lama hari2 paksa dengar...wei best siot album nie..laju, padu, bising, riffing yang mencemaskan, cam ribut kene plak grinding bassline dia pastu campur plak stroke drum grinding yang laju tak berenti..perghh melekat terus...& lunyai kaset tu aku kerjakan.

Tapi yang aku respect ialah disebalik imej & muzik dia yang ganas, lirik dia bersih. Tak de la mencarut2 tak tentu pasal. Isu yang diketengahkan kebanyakannya kritikan sosial, cerita pasal penindasan negara maju terhadap negara2 dunia ke-3, kebuluran, pengangguran, kemiskinan dll.

Aku recommend kat sape2 yg nak dengar muzik berat yang kejam..carilah album nie. Aku jamin korang boleh rasa "kemanisan" muzik canai ni ( grindcore ).

p/s : lagu terpendek album ni ialah You Suffer ( 0:01 ) aku rasa nilah lagu terpendek kat dunia & lagu terpanjang Seige Of Power ( 3:59 ).

Wednesday, May 14, 2008

Hari ini dalam sejarah : Peristiwa 13 Mei 1969

Semalam genaplah 39 tahun satu detik hitam dalam sejarah Malaysia, iaitu rusuhan kaum atau lebih top lagi peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Dimana peristiwa ini telah mengakibatkan Tanah Melayu (ketika itu) di ishtiharkan darurat.

Ianya bermula selepas pilihanraya umum 1969 yang mana parti perikatan ( tym tu UMNO + MCA + MIC ) telah kalah kepada parti pembangkang, Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( Gerakan ) dengan majoriti yang agak tinggi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 pulak sebab perarakan kemenangan yang dibuat oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Perarakan tersebut menyebabkan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kg Baru sesak babi giler. Secara kebetulan pulak masa perarakan tu dorang ikat penyapu kat kenderaan yang mungkin simbol simbolik mereka telah menyapu bersih kerusi di parlimen & akan me"nyapu" (menyingkirkan) terus kaum melayu dari bumi malaya..ishh isshh isshh.


Sesak..jalan sesak

Pada jam 3 ptg tersebar berita pembunuhan seorang melayu di Setapak. So dari sinilah maraknyer api kemarahan org Melayu. Tym tu Kg Baru jadi kubu org Melayu & pada pukul 4 ptg pulak 2 org pemuda Cina yang kebetulan melalui Kg Baru pulak mati dibunuh. Dan selepas itu sebuah van yg membawa rokok telah dibakar & pemandu cina turut terbunuh.

Hal ni jadi semakin besar apabila taiko2 kongsi gelap telah masuk campur & keadaan semakin riot siot...menjadi huru hara..anarchy2 dan akhirnya Tanah Melayu di ishtiharkan darurat serta merta.

Selain tuh peristiwa pawagam Odeon di bakar menyebabkan ramai org melayu menonton wayang mati terbakar. Sume ni adalah rancangan kongsi gelap cina yang mana dorang paparkan iklan dalam bahasa cina supaya org Cina keluar dari pawagam sebab pawagam ni akan di bakar.



panggung Odeon yang di bakar

Kisah yang parang2 terbang tu pon ada gak dengar tapi tak dapat disahihkan ngan bukti yg boleh dipercayai.

Kesimpulannya cume org2 yang berada pada tarikh hitam tu je la yang tahu kisah sebenarnya. Segala andaian2 tentang kisah2 yang tak berapa sahih pon cume org2 yang mengalaminya & Allah je yg mengetahuinya.

Tapi aku pernah gak dengar citer ni "live" dari org2 lama pasal peristiwa ni. Mmg gerun ar dengar citer dorang..sampai menitis air mata dorang citer siot. Aku pon sayu,insaf & berfikir sejenak tentang sebab & hikmah berlakunya peristiwa ini.

Korang jangan salah anggap yer post aku ni sekadar mengenang kembali sejarah & ada pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar.


"Peace sell...but who's buying "

p/s : Masa gig Rockestra aritu pon dorang ada buat teater pasal isu perkauman & turut serta Hishamudin Rais menyampaikan ucapan tentang peristiwa ni.

Saturday, May 10, 2008

Eksperimentasi Fotografi pt 2

Lama aku tak update blog aku ni. Yela sibuk sangat dengan keje opis yang melambak ni. Hu hu kesian aku eh. Takpe pelan2 eh.

Ok aku nak citer eksperimentasi fotografi yg tak lagi radikal dari aku ni. Lama tak petik2 gambor, so layan je lah hasil terbaru yang baru siap cuci ( aku pakai kamera slr tau ).

Gambor ni aku amik tym tu pukul 0400 am tau. Ntah camner aku boleh terjaga pepagi bute, so tak tau nak buat ape aku snap ar gambor pokok ni.Aku snap dari tingkap bilik aku jer hehehe. Nak kuar seram ar tepi umah aku ni ada umah tinggal ekeke. Silap2 kang tersnap objek lain plak.

Ni pulak bunga2 kesayangan mak aku. Dia jaga betul bunga2 tu. Kadang2 aku jadi mangsa soh siram bunga2 dia tuh ekeke. Yang ni pon sebelah bilik aku, tym ni aku nak gi keje aku snap dulu.

Ni bunga ape eh..aku tanye mak aku pon dia tak tau. Pastu aku tanyer balik klu tak tau nama bunga apsal tanam? sebab cantik la mak tanam. hehe simple aje jawap nyer. Ni dlm kol 0700 am tapi belum kembang penuh la bunga dia.

Masa snap ni aku tengah explore teknik aperture & exposure. Ermm klu nengok dari hasilnyer tak brape jadi ar..kene bukak kitab la ni..huhuhu..tapi still dapat gak ape yang aku harapkan walaupon tak fully 100% sebagaimana yang aku imagine.

Yang pulak masa aku gi Tapah town, perak. Kadang aku suke gak gi merayau klu off day. Aku suke gi pekan2 lama ni sebab suasana dia klasik. Bangunan dia, kedai2, stesen bas/teksi, pejabat pos etc sume old skool.

Ok lah nanti lain kali aku post plak gambar2 lain. Nak cari ilmu lagi ar pasal foto shot nie especially for slr camera.. jeles je nengok gambar2 yang cantik kat sleeve album / mag especially mag National Geographic. Best2 gambor dia eh. Next assigment aku nak beli filem hitam putih pulak nak amik gambar cam ross halfin & charles peterson ekeke.