The Afghan Whigs (The Whigs) mungkin agak asing pada penggemar muzik ketika di era "grungemania" atau alternative music ketika 90-an tapi The Whigs merupakan antara band yang bagus ketika itu. Gentlemen adalah salah satu album terbaik dan menjadi kegermaran aku. Berbanding album-album mereka Gentlemen merupakan album yang gelap, kelam & berat dari segi lirikal yang lebih menjurus pada patah hati, penderaan mental, penggunaan dadah, kekecewaan dan ketidakpuasan seksual serta kemurungan. Ini kerana album ini merupakan album konsep dimana setiap lagu dan lirik ada berhubung kait antara satu sama lain.
Walaupun album ini berkonsepkan sedemikian tidak bermakna album ini tidak sedap untuk dilayan. The Whings bijak mencangkukkan antara melodi yang beremosi dengan susunan muzik yang pada aku agak berbeza dengan band-band yang ada pada ketika itu. Ia kedengaran tidak statik dan monotenus kerana setiap lagu berbeza moodnya. Jika diteliti pengaruh blues, sedikit Pink floyd, secubit shoegaze digaulkan secara rawak kedalam rock bawaan mereka dengan elemen melodi yang tragis dan melankolik serta sadis menyentap dan merobek jiwa mampu mengheret pendengar karam ke"dalam" album ini. Gentlemen, Debonair, What jail is Like dan When We Two Part mungkin boleh menjadi track pengenalan.
Pada yang memegang pada phrase " rock n roll must be fun" album ini bukan untuk anda . Ini untuk mereka yang bergelut dengan perasaan atau sekadar melayan emosi. Sex Drung and Distortion.
**aku suka sangat cover album dia.